Wednesday, April 11, 2012

Wahai Diri Yang Alpa


Lupakah kau hai diri?

suatu ketika dulu kau bahagia hidup bersama keluarga,
berlari ke sana dan ke mari,
sakitmu dibelai, sakitmu dijaga,
kemudian kau membesar dan mengenal erti kejayaan,
kemudian kau membesar mengenal erti cinta,
kemudian, hidupmu mula diuji dengan sakit,
sakit yang kau merasa tak tertanggung oleh tubuh kecilmu,
sedang kau melihat sahabatmu mendaki kejayaan yg ingin kau daki bersama,
namun kau cuma mmpu melihat dan menginsafi diri,
dalam kesakitan kau syukuri nikmat ilmu, tarbiyah diri...
namun pabila kau mula dewasa,
sakitmu kian sembuh,
kau mula alpa, dan lupa diri,
hai diri, dahulu kau mmpu syukuri ujian sakit, kerana itu mendekatkanmu pdNya,
namun kini mengapa kau tak lupa untuk mensyukuri nikmat kesenangan yang kau kecapi?
mengapa kau lupa pd Dia yang memberi kesenangan,
sedang lidah lantang berkata kesusahan itu ujian, kesenangan juga itu ujian,
sedang mata penamu tajam menujah setiap nikmat itu juga ujian,
lantas bagaimana bisa kau melupakan syukur pd ujian itu?

belajarlah! belajarlah mensyukuri nikmat ujian!~
belajarlah! belajarlah ikhlas diri menikmati ujian kesenangan ini!~ :'(


No comments:

Post a Comment

(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...