Sunday, September 23, 2007

FADHILAT SUNNAH RASULULLAH DI KACA MATA SAINTIS

Dua malam yang lepas, saya pergi mendengar forum ringkas selepas solat terawih. Salah seorang ahli panel forum tersebut adalah dr. jamnul azhar, seorang pengamal perubatan. Forum tersebut bertemakan, “sains meminpin dunia” . Salah satu ucapan beliau yang amat menarik perhatian saya adalah mengenai sunnah Rasulullah saw. Beliau menjelaskan bahawa sains membuktikan bahawa amalan Rasulullah mencelup jari kelingking kedalam garam dan menghisapnya setiap kali sebelum makan amat baik untuk kesihatan. Ini kerana, garam mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, ialah menawarkan racun dan ianya merupakan sumber mineral. Setiap hari, kita digalakkan minum 7-8 gelas air mineral sehari. Mineral kaya dengan sodium chloride(nama saintifik bagi garam) yang amat baik untuk proses penghadaman dan kesihatan buah pinggang. Betapa kita dapat menjimatkan air mineral jika kita mengamalkan sunnah ini, bukan??? Wassalamu’alaikum, Intan Insyirah.

HAYATILAH, AKHAWATKU SAYANG...

Special for muslimah... Muslimah, Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah… Tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, dan bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya… Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang? Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya. Wahai muslimah solehah, Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya,Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu, “Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka? Ingatlah wahai akhawatku yang ku kasihi, Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah… Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan… Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam. “Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…” Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga…. Puisi ni saya petik daripada novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha… Saya syorkan agar semua pembaca baca novel ini… Terlalu banyak ilmu, dan peringatan yang saya dapat daripada novel ini… Ianya berkisarkan kisah seorang pendakwah, suka duka, dan cabaran seorang pendakwah, permasalahan tauhid, indahnya kasih sayang kerana Allah dan perbahasan antara islam dan kristian…. Wassalamu’alaikum, Intan Insyirah.

MY FIRST POST...

Assalamu’alaikum… Special for all readers… I create this blog with a few purposes: 1. I want to share my knowledge I got from my study in school, my reading, & my discussion with friends. 2. I want to remind myself with all what I got & always try to apply in my life. 3. As a Muslim I want to remind myself about Iman, Islam and Ihsan. 4. I want to share my feelings, my experiences as a student and as a teenager. Lastly, wish all of you enjoy reading this blog… “Apa yang baik itu adalah kurnia daripada Allah s.w.t. dan segala kelemahan yang ada itu adalah kelemahan diri saya sendiri…” Wassalamu’alaikum, Intan Insyirah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...