Tuesday, May 18, 2010

Shoutul Amal - AmaluliLlah


luv dis song soooo much...
Bentukkan ukhuwah hidupkan jamaah Susunlah barisan usahlah terleka Bersatu teguh mara bersama Moga Islamkan subur Kerahkan tenaga jua fikiranmu Korbankan harta sekalipun jiwamu Menentang musuh Allah laungkan takbir Allahu Akbar .. Bersatulah kita bergerak melangkah Tegakkan Islam agama yang tercinta Ayuh kita julang kembali Islam pasti gemilang
dalam diari perjuangan, tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, bala yang menyusahkan,...
bahkan itu semua dijadikan batu loncatan untuk menjadi lebh hebat...
"in ISLAM, there is no word for hands up, there is no word for surrender, there r only two things...WIN as a MUJAHID or DIE as a SYAHID!!"

luv dis song...


Kalam ini adalah khusus tanda rindu padamu wahai mujahidah wanita solehah yang di tarbiyah, pembawa sinar pasa bi’ah,harapan agama untuk disampaikan risalah...lantas wahai sahabatku fillah,ayuh terus kuat melawan mehnah, terus gagah dalam lembut dan ramah, sebarkan dakwah pada bangsa yang parah...jangan kau hanya sibuk membelai diri,kelak soalan di mahsyar menanti,apa sumbanganmu pada agama yang suci ini....
"Ya Allah, aku insan dhaifah, sering rebah, namun ku cuba tabah, agar ku x kalah, x ingin menyerah kalah, ya Allah syukur kerana kau kirimkan teman, sebagai peniup semangat perjuangan, tika aku amat-amat perlukan teman, ya Allah, bantulah aku dan teman-temanku yang memburu cintaMu, ilmu kami terbatas, namun ilmuMu maha luas...kurniakan kami setiap perkara yang terbaik agar kami thabat di jalanMu, agar kami thabat dalam iman dan taqwa padaMu...agar kami thabat dengan cinta agungMu..."
"jangan kamu berputus asa pada rahmatNya" sahabatku!!!
teruskan perjuangan...walau badai datang melanda...mehnah ujian itu tarbiyah dariNya!
agar seketul daging di dalam jasad kita ini, sentiasa bertambah kekuatan imannya, lebih akrab dengan Rabb yang agung...
gabungkan dirimu dengan jamaah islah dalam islam yang teguh dan padu walau di mana dirimu berada...kerana dunia kini tiada sempadan!semoga perjuangan kita dalam redhNya.
Jangan biarkan diri kita hidup sndiri...Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi.. Carilah insan yg dapat membimbing hati.. Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi.. Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri.. Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati.. Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi.. Hati adalah seketul daging dalam diri.. Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi.. Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim.. Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi...

hayatilah...

madah bicara luahan rasa,
menjadi penawar duka,
madah bermakna seorang da'ie,
semoga menjadi tazkirah insani,
madah nasihat seorang ibu,
tanda kasihnya yang tiada sempadan,
madah cinta seorang hamba,
penawar rindu pada Yang Maha Pencipta cinta,
madah cinta sang pencinta,
pujukan rayu buat yang dicinta,
madah cinta ahli keluarga,
tanda rahmat dan mawaddah menyelubungi usrah saidah(keluarga bahagia)
madah cinta seorang sahabat,
tanda ingatan terpahat di hati,
namun segalanya manis di bibir...
dan kemudian berlalu dihembus sang bayu...
madah indah bukan hanya menjadi tatapan dan lembut dituturkan!
akan tetapi ia mesti diusahakan untuk dibuktikan dalam amalan!
itulah tanda keikhlasan berpadu,
penguat rasa yang telah bertanda...(",)

puteri di dunia, bidadari di syurga...


buat mawar mujahidah yang merindui Rabbnya,
sekali wanita tergoda,
gugurlah sekuntum wardah(mawar) di syurga,
sekali wanita ternoda,
berdekah-dekahlah syaitan di neraka...
duhai saudara-saudara deenku,sayang lillah,
si mawar mujahidah,
dalam langkah hidup ini, hanya ada 2 jalan yang salah satunya perlu ditempuhi,
kalau kita xmemilih jalan menuju Allah,
psti kita akn melgkhdijln yg menuju kecelakaan...
jln keimanan itulah jln Illahi,
jln kesesatan dan kemaksiatan itulah jalan iblis laknatullah,
Ya Allah, bantulah kami untuk tetap teguh berada di atas jlnMu...ameen


Bicara Cinta

Saudaraku, bila Kau memndang segalanya dari Allah yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menyebabkan sakitnya hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu, pastinya akan damailah hatimu, kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segalanya untuk sesuatau yang sia2, bukan Allah tidak mengetahui deritanya hidupmu,pecahnya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu,kerana Dia tahu, hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak untuk dekat dan akrab denganNya…ingatlah, alangkah manisnya ujian Allah, lantaran Dia yang menguji kita dan Dia jualah yang membantu…

Cinta nfsu ibrt rcun tikus...andai terkena walau sesaat dsuntik panahan sdh ckup memusnahkan 1 jiwa...tp cinta shbt bak ombak d tgh laut yg xkring dri ksh syg...walau sesekali bergelora tetap mmberi ketengn d jiwa akhirnya...di saat kedukaan ia psti menengkan...

Apbila melayari lautan, tatkala kaki menginjak tanah, maka pandanglah langit ketika kegelapan menjelma...lihatlah bulan dan binang... sesungguhnya kebesaran Allah itu terserlah selagi kita mahu berfikir...

Apabila akhlak terbentuk,manusia akan pandai berkasih saying.apabila ibadat berkualiti,manusia akan mengecap ketenangan.akhlak dan ibadah ini jugalah yang akan menghadirkan cinta hakiki dalam hidup seseorang...maka usahlah mensia-siakan waktu dengan cuba memahami seseorang yang bukan muhrimmu...

kelemahan?tidak! ia adalah sebuah kekuatan!!!


buatmu mujahidah kesayangan yang sedang mekar di taman perjuangan...
JAGALAH dan PELIHARALAH,
izzah dirimu,
lembut bicaramu,
lunak suaramu,
anggun tingkahmu,
ayu langkahmu,
pesona pandanganmu,
molek akhlakmu,
tika dirimu fi sabilid da'wah...
moga dikau bidadari syurga idaman,
jaga kesihatan, jaga diri, jaga iman, jaga akhlak, dan maruah martabat dirimu...

Jdkan cintaku cinta yang Kau redhai

hanya kepadaMu aku mengadu...
hanya kepadaMu aku memohon...
إنّك أنت السميع العليم
استجب دعائ
آمين

Monday, May 10, 2010

selamat hari ibu...

assalamualaikum... selamat hari ibu buat semua ibu di seluruh dunia... special to my beloved mom... umi, terima kasih di atas segalanya.pengorbananmu, didikanmu, asuhanmu, perkongsianmu, senyumanmu yang sentiasa menyejukkan, dan kesediaanmu mendengar segala ocehanku, aduanku, pekongsianku.. terima kasih di atas segalanya... terima ksih d ats jihadmu yang menjaga dan mengasuhku dan adikku tnpa mengenl erti pent dan lelah. syukran ummi.syukrn 'ala jhadik.harum kasihmu mewangi d hti, kalungn rndu sentiasa melingkr d fuad.sungguh ku syukuri nikmatNya punya ibu sepertimu. d kejauhn kutitipkn doa buatmu, Ya Allah ampunilah, kasihilah, cntailh, jgailh dia sbgimn dia mnjgku dn adinda2ku sdri kcil.. dn msukkn dia ke dlm golongn solihin yang Kau cintai... ameen.luv u lillah(",) ummi maafkan iamn kerana sentiasa merisaukan, menyakiti dan segala tingkah yang mengguris hatimu. iman kecik lagi(",)byk lgi kena belajar, byk kelemahan.tpi iman usahakan yang terbaik ubah sikit2. bnyak lagi iman kena belajar dlm hidup ni untuk menghadapi asm grm kehidupn, banyak lagi yang xmmpu imn nk nk manage. bantuan, nchat, dn peringtn umi tetp diperlukan selgi nyawa x terpish dri sekujur tubuh ini.doamu buat kami adik-baradik sentiasa dihargai...restumu kami pinta damba. buat ibu2 saudaraku... kerisauanmu, kegelishnmu,doamu, nasihatmu yg tulus, kasihmu yg murni sangat kuhargai... baarakallahulakunna...selamat hari ibu...
akhir madah, untaian madah hanya mainan bibir, manis di tuturkan kemudian berlalu pergi dihembus sang bayu, zahirkan kasih pada perlakuan dan keikhlasan, Hanya Allah Yang Maha Mengetahui nilai kasih kita... ibu tetap ibu biar siapa pun dia! tinggi darjatnya disisi Rabbul Izzati! akan kuusahakan yang terbaik buatmu ummi selagi hayat dikandung badan. sama2 kita usahakan yang terbaik! اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولوالدين وارحمهم كما ربونا صغارا آمين terima kasih d ats peringatan yang tulus mok long...(",) سير على باركة الله أحبّكنّ لله
alwez thinking of u
wish can hug u in my lovely day...

Sunday, May 2, 2010

Layakkah aku menghuni syurgaMu Rabbi?

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku insan yang lemah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat,
Sesunguhnya Engkau Maha Mengasihi,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani,
Maha Suci Engkau Pencipta sekalian alam,
Maha Suci Engkau Pencipta sekalian makhluk,
Maha Suci Engkau Pencipta Khalifah di bumi fana’ ini,
Maha Suci Engkau Pemilik Cinta Yang Suci, Pengurnia Cinta Yang Tulus,
Maha Suci Engkau Pentadbir Alam Semesta,
Maha Suci Engkau Yang Maha Kaya dengan segala sifat-sifat kebesaran yang terpuji.

Ya Muqallibal Qulub,
Wahai Yang Membolak-balikkan hati,
Hanya kepadaMu aku sembah,
Hanya kepadaMu aku mohon pertolongan,
Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat di hatiku,
Malahan Kau lebih mengetahui apa yang tersembunyi di fuadku,
Kau Maha Mendengar akan rintihan hambaMu yang lemah ini,
Ku tahu Kau Mengetahui betapa peritnya jiwa ini,
Betapa deritanya hidupku, pecahnya hatiku,
Sakitnya jiwaku menahan rasa yang tidak aku pinta ini.
Ya Rahman Ya Rahim,
Aku memohon padaMu Rabbi,
Ku pohon dengan sepenuh hatiku,
sesungguhnya diri ini tidak mampu lagi menanggung bebanan perasaan ini,
aku tak mampu Ya Allah menelah apakah puncanya aku sebegini,
mengapa mesti hadir perasaan ini ya Allah?
Mengapa mesti mekarnya bebunga cinta ini di saat aku masih tidak bersedia ya Allah?
Mengapa pepohon cinta makin kucantas makin bertunas?
Ya Allah sesungguhnya ilmuku terbatas
ilmuMu Maha Luas
aku tak mengetahui hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini...

saban waktu dan ketika
dia kurindui
kasihnya kudamba
di ketika aku kelalaian
fitnah hati menguasai fuad yang lemah
hati yang kesunyian
iman yang semakin kering layu pohonnya
taqwa yang kian kegersangan
dek kerana kekontangan tarbiah peringatan siraman ilmu ukhrawi
amalku kian berkurang
dosa ku kian bertambah
diri ini kian alpa dan leka
khusyukku kian menghilang
fokusku sering tersasar
iman ku kian malap
taqwaku kian sirna sinarnya
akhirnya FITRAH menjadi FITNAH!!!
 Mensia-siakan apa yang telah kugilap lantaran noda-noda hitam yang kian menapak di hati...

Ya Rabbul Izzati
Ku tahu rahmatMu mengatasi kemurkaanMu
Lantaran ku pohon dan ku pohon ampun dariMu
Namun taubat ku bagai tak bermakna lantaran dosa yang ku ulang-ulang dalam alpa...
Puas kupohon dan ku rajut dalam doaku...
Puas kurayu dalam sujudku
Agar terhijabnya hati ini dari lelaki itu...
Puas kutangisi fitnah dan dosa ini
namun godaan syaitan laknatullah kian kuat menguasai diri
Ya Allah terlalu besarkah permintaanku Rabbi?
Terlalu besarkah permintaan seorang gadis yang telah ternoda ini?
takdirMu tak mampu ku lawan,
lantaran itu
diri ini hanya ingin mengabdi kepadaMu...
Hanya cintaMu kudamba!
Hanya cintaMu yang kuinginkan!
ku inginkan hati yang suci yang hanya dipenuhi dengan cinta padaMu, utusan2Mu, dan deen ini.
Hanya ini yang kuinginkan
Hanya ini yang kuinginkan!
Hanya ini yang ku pinta dariMu
Ku pinta hati yang suci jernih hanya mencintai yang halal buatku                ...

Rabbi...Habibi...
Kau mengetahui segala yang tersirat di hatiku
Tiada sir antara Kau dan aku
Kau mengetahui betapa aku cukup cemburu melihat muslimah yang  penuh terlitup dan terjaga kesuciannya...
Betapa dirinya ibarat mawar yang mekar mewangi namun durinya tajam mempertahankan kehormatan dan kesucian diri hanya kerana ingin menghadiahkannya buat kumbang terpilih...
Kau tahu aku sangat cemburu melihat mawar-mawar itu
Kau tahu betapa aku merasa rendah diri...
Namun takdirMu mengatasi segalanya
Ku cuba ikhlas menerima segalanya yang telah terjadi
Aku cuba redha menerima takdirMu
Namun hatiku tak mampu menahan rasa terkilan yang hadir
Jiwaku tak mampu lari dari kekecewaan juga Rabbi
Kerana sessungguhnya aku hanya manusia biasa
natijah kekecewaan itu
kupinta dan kudambakan cintaMu sepenuh hati
Hanya cintaMu yang ku inginkan
Aku berhenti berharap pada cinta duniawi manusia
Aku berhenti berharap dari cinta lelaki yang haram bagiku!lelaki yang tidak halal bagiku...
Bukan ku mahu melawan kehendak fitrah
Tapi hanya ku pinta hatiku terhijab dari yang haram buatku
Andai sememangnya ada lelaki yang kau takdirkan buatku
maka ku pinta Habibi...
Ku pinta hati yang suci hanya buat lelaki yang halal bagiku yang Kau takdirkan untukku berada di sampingnya di suatu hari
Lelaki yang kau takdirkan aku sebagai sayap kiri perjuangannya
Ku pinta hati yang suci tanpa pernah mengharap pada lelaki lain yang tidak halal buatku
Kuingin menyerahkan hati yang suci buat mujahid itu
Untuk ditanamnya pepohon cinta keranaMu
Dan memimpinku dalam ibadah padaMu
Dan memimpinku ke jannahMu
Hanya itu yang mampu ku usahakan untuk dihadiahkan pada mujahid itu
Kerana kesucian diri ini tak mampu lagi ku ubah apa yang telah terjadi
Kerana sesungguhnya takdirMu mengatasi segalanya.

Kerana itu ya Rabbi
Hijabkan hatiku dari lelaki itu!
Kerana dia bukan yang halal buatku!
Dia bukan yang halal buatku!
Kuingin cintaku hanya buat halal bagi diriku,
Kuingin cintaku tulus keranaMu dalam RedhaMu ...
Terimalah taubatku
Ampunkanlah aku
Istajib du’ai...
Istajib du’ai...
Aku penat ya Allah
Aku letih dengan penjara dunia yang penuh kemaksiatan ini
Sesungguhnya aku sangat rindu untuk bertemu denganMu
Jadikan aku antara bidadari di firdausMu buat syuhada’ yang Kau cintai
Bebaskan aku dari dunia fana’ ini.....



Ya Allah ya Tuhanku, aku hanyalah insan dhaifah,
Ilmuku terbatas, ilmuMu Maha Luas,
Aku tak mampu menelah apa yang tersirat dari apa yang tersurat,
lantaran kupohon dan ku rayu Rabbi,
hijabkanlah hatiku dari rajul thoyyib itu,yang Kau lebih mengetahui tentangnya dari diriku sendiri.
Ya Rabbi, anta habibi...
Aku hanya inginkan cinta dihatiku hanya buat yang halal bg diri ini,
Aku x inginkan cinta yg hrm bg diri ini...
Lalu,Kau hijabkanlah hatiku dari rajul thayyib ini!
Kerana dia bukan yang halal bg diri ini!
Sesungguhnya tdk ku inginkan ftnah yang dikaburi ftrah!
Lantas ku pohon hijabkanlah hatiku dari lelaki itu!
Istajib dua’i
Istajib dua’i
Istajib dua’i!





Ya Allah Ya Rabbi
Ya Habibi
Ya Muqallibal Qulub
Ya Fattahu Ya Alim...
Sesungguhnya ilmuMu Maha Luas
Ilmuku terbatas...
Engkau Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat
Tiada yang tersembunyi dari pengetahuanMu
Maka hanya padaMu ku mengadu
Andainya cintaku ini keranaMu
Andainya cinta ini lahir dari hati yang tulus kerana cintaku padaMu
andainya cinta ini ikhlas kerana ibadah padaMu
andainya dialah rajul mujahid dan muttaqin yang sememangnya telah Kau catatkan untuk memimpinku ke syurga.
dan andainya benar dia kucintai kerana agamanya...
dan dia adalah yang terbaik buatku diriku, keluargaku, agamaku, dan segala urusanku dunia dan akhirat kini atau masa depanku...
dan aku adalah yang selayaknya dan terbaik  buat dirinya, keluarganya, agamanya, dan segala urusan dunia akhiratnya...
maka jadikan aku yang halal buatnya...
tanpa fitrah yang suci ini dikotori fitnah yang jelik...
tanpa ternoda dari zina hati yang jijik.
dan permudahkanlah segala urusan kami...
namun seandainya sebaliknya...
ketemukan dia dengan yang terbaik buat dirinya...
agar terhindarnya dan tertutupnya pintu hatiku padanya...
dan ketemukan aku pada yang terbaik buatku
tanpa menyakiti hati mana-mana saudara seislamku yang kucintai....
yang tidak menghalangku dari perjuangan ku...
jadikan aku sayap kiri perjuangan seorang mujahid sejati yang bercita-cita syahid dan berazam serta bertekad untuk syahid fisabilik...
jadikan aku yang halal buat seorang mujahid muttaqin yang  mustaqim
 ameen....
istajib dua’i
istajib dua’i
istajib dua’i


tatkala sendirian,
menghisab diri,
air mata mengalir bagaikan air terjun yang menuruni lurah di lereng bukit,
kutangisi taubatku yang kadang-kala dirasakan sia-sia lantaran dosa yang diulang-ulang,
kukesali diri yang lemah,
lantas ku pohon kekuatan dariMu Rabbi...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...