Wednesday, May 11, 2011

Wasiat Luqman Hakim.

Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari. 

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman. 

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat. 

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya. 

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu. 

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya. 

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu. 

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia. 

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat. 

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak. 

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan. 

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah. 

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja. 

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar. 

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja. 

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang ***** menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan. 

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima 

teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.


ni copy n paste, perkongsian dr facebook.


slm mujahadah dr sy, Intan Insyirah.

Sunday, May 8, 2011

warkah buat sahabatku yg tercinta


Sahabatku, andai kau disisiku saat ini, akan kupinjamkan bahuku untuk kau menangis, tangisilah semahumu sahabatku andai itu yg kau mahukan. Tangisilah semahumu andai itu yg kau inginkan saat ini. Sahabatku, aku bukanlah teman yang pandai memberi nasihat. Aku hanya pandai bermadah bicara, aku hanya tahu menyusun kata indah buat dirimu dengan harapan kesedihanmu terubat. Sahabatku, apa yg kau alami, tak pernah aku alami. Apa yg kau rasakan takkan pernah diri ini memahami sepenuhnya. Namun ku punya hati dan akal serta naluri untuk ku telaah hatimu yg duka. Dan dengan memegang tali kasih syg hanya keranaNya Yang Esa yg bertaut antara kita, dengan imn yg telah terpateri di hati ini, aku punya suatu kata-kata yg terilhamkan olehNya Yang Maha Pengasih dan Penyayang lagi Agung dan Terpuji.

Sahabatku,
Mengapa memilih untuk menangguhkan sesuatu yg baik di sisi agamamu?

Sahabatku,
Bukan hakku untuk mempersoalkan apa yg telah kau lakukan. Bukan hakku dan juga bukan hak sesiapa untuk mempersoalkan apa yg telah terjadi... Kerana "kalau" itu hasutan syaitan, "kalau" itu tipu daya sang syaitan durjana. 

Sahabatku,
Takdir tak bisa diubah,
Yg telah berlalu tak bisa diundur untuk diperbaiki,
Namun yg esok adlh lakaran kita sendiri.
Yg telah berlalu itu berlaku dengan izinNya,
Apa yg baik adalah anugerah buat dirimu, tanda kasih drNya,
Dan apa yg buruk itu adlh ujian buat dirimu untuk kau ambil pengajaran darinya,
Apa yg tidak kau ingini itu ketahuilah sygku, Allah lebih megetahui apa yg terbaik buat hamba-hambaNya. Maka tidak yakinkah kau akan rahmat kasihNya?

Sahabatku,
Usah kau kesali apa yg telah terjadi kerana itu takdir Nya buatmu. Maka jalanilah takdirmu dngn hati terbuka. Jalanilah takdirmu dengan redha dan ikhlas hati. Jalanilah kehidupanmu dengan

Sahabatku,
Usah bermuram durja akan cemuhan org lain. Tidak bersedia pikul tanggung jwb?
Tidak bersedia pikul amanah? Tidak matang mengurus kehidupan? Masih keanak-anakan?

Sayangku,
Lupakah kau Saidatina Aisyah menjadi seorang isteri di kala umurnya 6 tahun. Di saat dirinya masih belum baligh. Dibawa tinggal di sisi suaminya, menguruskan dan melaksanakan tugasnya sebagai isteri tatkala umurnya 9 tahun? Adakah dia sudah cukup matang di kala itu? Maka kiranya adakah tidak layak untuknya melakukan ibadah terindah itu? Ya, aku tahu kau bukanlah Saidatina Aisyah. Ya aku tahu si diamu bukanlah sehebat Muhammad saw yg bisa memahami segalanya. Tetapi sunntu rasulilllah(perjalanan hidup rasulullah) itu sahabatku adalah teladan buat diri kita tak kiralah siapa diri kita, di mana dan di zaman apakah diri kita ini.

Temanku
Ketahuilah bahawa hidup ini adalah ujian. Kehidupan adalah pelajaran yg terbaik buat diri kita. Belajarlah, ambillah pengajaran berharga dr takdir hidupmu sygku. Pengalaman mengajar erti imn ihsan dan taqwa.

Temanku yg dikasihi Allah hendaknya,
Belajar itu kehendakmu,
Belajar itu keperluanmu,
Pernikahan adalah ibadah,
Pernikahan juga adalah kehendak fitrahmu,
Pernikahan juga adalah keperluan fitrahmu,
Sahabatku, apakah si diamu tak mengizinkan untuk kau belajar setelah pernikahan itu terjadi?
Atau sahabatku, apakah dirimu tak berkeyakinan untuk melaksanakan tanggungjawab besar itu  sambil kau gapai impianmu?

Maka sahabatku,
Nah,
Ku ajukan soalan buat dirimu untuk kau sendiri menjawab dengan akal berpandukan iman. Bermonologlah dengan hati kecilmu bersuluhkan cahaya Al-Quran di mlm gelita. Semoga nur kalam suci menyuluh terang di hatimu untuk kau telah apa yg terbaik buat dirimu, keluarga, masa depan, dan yg terpenting adlh buat addeenmu...

Adakah perlu untuk kau tangguhkan penyempurnaan agama dlm dirimu dan dirinya?
Sabdanya saw : 

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu,  ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,

إِذَا تَزَوَّجَ العَبْدُ فَقَدْ كَمَّلَ نَصْفَ الدِّيْنِ ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ البَاقِي

Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Karenanya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 625)



Apakah salah kau membantu dirinya menjaga pandanagn matanya, serta diri dan imannya dr tersungkur pd nafsu?

Tidakkah dirimu merasa berslh pdNya jika kau mahu mengikut kemahuan hatimu semata2? Bersyukurlah akan nikmat pemberianNya yg memberi dirimu peluang melaksanakan suatu ibadah indah lebih awl dr sahabat-sahabatmu.
 Sygku, syukurilah nikmat itu, kerana tanpa kau sedari mgkin ada dlm klngn shbtmu atau keluargamu dan saudaramu yg bgtu mencemburui dirimu yg dpt bertemu jodoh lebih awl dr yg lain.

Temanku,
Pertunangan adlh tempoh untuk mengenali diri masing2. pertunangan bisa diakhiri dngn pernikahan dan pertunangan juga bisa diakhiri dngn perpisahn, namun pertunangan adlh sebuah jnji antara dua buah keluarga untuk mengikat tali suci pengerat silaturrahim. Dan antara sifat org munafik adlh memungkiri janjinya.

Ini sarananku yg tak aku tahu apakah yg terbaik buat dirimu atau tidak kerana itu hanya engkau yg tahu, dan pastinya Dialah yg lebih mengetahui segalanya.  Maka pohonlah petunjuk darinya.

Sarananku,
Usah kau tangguhkan pernikahanmu itu. Mempercepatkan urusan agama itu lebih baik.
Kerana pernikahan itu ibadah. Pernikahan itu penyempurna agama. Dan memutuskan pertunangan itu bermaksud kau memungkiri janji.
Usah kau bermuram durja dengan cemuhan manusia. Kerana apa yg telah terjadi itu adlh izinNya. Maka itulah yg terbaik buat dirimu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)



Belajarlah seperti Saidatina Aisyah r.a yg bertatih belajar mendidik diri menjadi khalifatullah serta ummul mukminin dlm masa yg sama mendidik diri menjadi isteri seorg sayyidul mukminin.

Berbincanglah dengan tunangmu itu, agar mengizinkan dirimu untuk terus menyambung pelajaranmu kerana belajar itu sunnah terbaik. Belajar dan terus belajar itu amal soleh. Dirimu dan dirinya takkan memperoleh kerugian andai kau menyambung pelajaran setelah kau menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Antara kebaikan kahwin masa belajar:
Anak yg dilahirkan ketika si ibu masih belajar menjadi seorg yg bijak.
Melatih diri mengurus masa dengan lebih baik dlm kesibukan.
Melatih suamimu menjadi seorg pembantu yg baik serta menjadi seorg suami dan ayh yg lbh prihatin.
Mengusir kegalaun hati dari memikirkan soal jodoh.
Melindungi dirimu dr kemaksiatan yg bisa mengusir keberkatan ilmu.
Melindungi kegundahan hati dari pemilihan calon lelaki yg kau inginkan sbg suami.
Membuat dirimu lebih fokus kepada pelajaran.
Optimislah sahabatku!
Tak bersedia? Bimbang tidak punya kekuatan? Bimbang tak punya kemampuan? Jgn mengeluh sebelum berusaha! Jgn pesimis akan kemampuan diri! Kerana andai itu yg Allah takdirkan buat dirimu  ketahuilah Dia lebih mengetahui akan kemampuan dirimu!

Dan andai bakal suamimu tidak mengizinkan untukmu menyambung impianmu, maka optimislah, serahkan segalanya pdNya Yang Esa, kerana Dia lbh mengetahui yg terbaik buat dirimu.  Angkatlah tanganmu menadah langit yg cerah, dan berdoalah kepadaNya agar dilembutkan hati suamimu, dan dipermudahkan segala urusan hidupmu.

Dengarilah jwpn suara hati, naluri qalbumu. Moga hidayah Allah sentiasa bersamamu.

Akhir kalam:
my dear, Allah knows you the best, just let the destiny destined for you to keep walking on the right path, and for the thing that are good for you, you are wishing for, just live it to Him to let you get both...khoir, Insya Allah. my prayers always for u dear.

"sayangku, Allah mengetahui yang terbaik buat dirimu, biarkan saja takdir yg ditakdirkan bagi untukmu menentu jalan hidupmu,  teruslah berjalan di jalan yang benar, dan untuk hal yang baik bagimu, yg kamu mahukan untuk dirimu, serahkanlah urusan itu untuk diselesaikanNya agar kau peroleh keduanya. .. Khoir,Insya Allah. Doaku selalu bersamamu sayang."

Istikarah penentu terbaik buat dirimu.

Sekian warkahku buatmu sahabat.
Salam syg dari aku yg kejauhan,
FAIZ Insyirah.

p/s: warkah ini buat shbtku, namun isinya kurasakan bermakna buat yg juga punya dilema seperti shbtku ini. yg baik drNya, yg buruk itu kelemahan diriku, maka maafkanlah diri ini, andai aku tersalah.

Saturday, May 7, 2011

Untuk ibu-ibu Palestin - Hafiz Hamidun.

بسم الله الرحمن الرحيم... السلام عليكم 

6 Mei 2011, saya terlibat dengan satu program yg sngt menyentuh hati, Malam Puisi Gaza II. program ni bertempat di Rumah PENA, Jln Dewan Bahasa. pelbagai persembahan ada pd mlm tu. Deklamasi puisi oleh sasterawan negara kita, A.Samad Said, dari Pena dan Firqatu Az-Zahra, serta dr LL4G. Ada juga nasyid dr UNIC, dan Shahiran dan rakannya dari kumpulan Rijal. antara part yg sy suka dlm program ni adlh, pendeklamasian puisi oleh A.Samad Said (tapi syg, part ni sy sibuk jaga si kecik yg nakal,xdpt hayati sepenuhnya..hu5), perkongsian pengalaman oleh Tuan Haji Noorazman ketua bg pihak Malaysia dlm misi kemanusiaan konvoi Mavi Marmara, lagu abg Muadz Dzulkefly, as always, the best performance,dan lagu kesukaan saya oleh abg Shahiran dan rakannya (ada kisah lucu waktu persembahan mereka.ki5). dan tak lupa juga lagu dari Benci Kepada Cinta nyanyian Leia Az-Zahra. Persembahan UNIC mcm biasa lah. (^_^) lagu wawasan tu sy sangat suka. sy suka muzik nya. lirik nya pun best. tp muziknya yg plng sy suka. merdu. n_n

Di sini  sy nak kongsikan satu puisi yg sgt menyentuh hati sy. puisi ni dideklamasikan oleh abg Hafiz Hamidun. bagus btul Abg Hafiz ni, serba boleh, kreatif. sangat suka tengok performance dia.mantap dan berkeyakinan,serta kreatif. bersemangat. mcm abg Muadz Dzulkefly. huhu, dulu sy tak minat pun abg Hafiz Hamidun ni. huhu. tapi first time tgok dia perform masa program Gig for Gaza, mmg terpikat terus ngan performance dia. abg Muadz pun mcm tu gak.tgok lam TV ngan dpn mata sendiri, serta berpeluang kenal di luar kawasan pentas, mmg sngt lain.... ok, xnk panjangkan kalam lagi dah.di sini, saya nak kongsikan puisi dia. sempat lagi dia terfikir tentang hari ibu, mmg mengharukan lah... membuktikan dia seorng yg prihatin.tahniah sekali lagi abg Hafiz. (^_^)

Sajak
Untuk ibu-ibu di Palestin

Kau sambung harimu
Di dingin subuh
Di hening akhir malam
Di sunyi akhir bintang
Dengan desir api-api terbakar sisa-sisa semalam
Mengangkat tangan membasuh muka dan anggota dengan wudhu
Menunai subuh lalu siap berdoa

Kau sambung harimu
Menguli tepung
Menebar adunan
Membakar roti
Mungkin dari sisa-sisa api semalam
Mengangkat roti menghidang jamu sarapan dengan cinta
Menghidang untuk suami dan anak-anak


Biar perut mereka terisi dahulu

Kau sambung harimu
Mengambil pakaian
Mengutip kaftan
Mengangkat serban suamimu

Membawa ke punca air
Sambil melalui sisa-sisa api dan bedilan semalam
Menyental darah-darah beku
Mengisi dengan sabun kasih
Membilas dengan air mata berderai
Syukur kau masih punyai anak-anak dan suami
Dengan bukti pakaian mereka di tanganmu

Ibu-ibu palestin
Kau sambung harimu
Membersih rumah-rumah tanahmu
menyapu sisa-sisa api yang bergolek abu
Menyisir rambut anak lelakimu
Menyisip rambut anak perempuanmu yang terkeluar dari jilbab yang kau anyam
Mengucup tangan suamimu
Melambai mereka pergi
Mencari ilmu
Menuai rezeki
Mengharap mereka akan kembali
Selamat pulang ke rumah

Kau sambung harimu
Dengan zikir tafakur dan redha
Dengan selawat bersulam doa
Menanti detik pulang anak-anak dan suami tercinta

Ah,
Itu dia mereka pulang,
Anak-anakmu ada
Suami mu juga ada
Sedikit darah terpalit dibibir suamimu kau usap dengan kain basah
Kau bertanya khabar mereka
Mereka masih tersenyum
Demi mu ibu-ibu palestin

Kau sambung harimu
Di dada maghrib kau bentang sejadah jemaah
Di nadi isya' kau injap doa tak henti
Mengharap esok masih ada
untuk masih disambung
tugasmu sebagai
Ibu-ibu palestin

Di kamar itu
Kau bersama suami
Memeluk erat jasad suami yang masih bernyawa
Kau faham sayang dan cinta
hakikatnya masih enak dipeluk
masih enak dicium
masih enak didakap
masih enak dimesra
masih enak segala-galanya
Selagi nyawa suami masih dijasad
dan engkau juga faham
hakikat mungkin suatu hari
peluk
cium
dakap
mesra
segala-gala
mungkin akan pergi
dan kau akan menanggung hakikat
untuk meneruskan harimu

Sabarlah anak-anak palestin
doakanlah ibumu
Setialah suami-suami palestin
cintailah isterimu
supaya mereka
akan dapat
meneruskan hari-hari
sebagai
ibu-ibu palestin...



sekian... amacam? best kan? kalau tgok dia deklamasikan lagi rasa menyentuh hati. ngan gayanya..huhuhu. nice. ok, sekian saja perkongsian dr saya.

salam syg, slm mahabbah, slm perjuangan buat Islam Tercinta.
dr saya,
Intan Insyirah @ ZIAF. (^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...