Sunday, May 2, 2010

Layakkah aku menghuni syurgaMu Rabbi?

بسم الله الرحمن الرحيم


Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku insan yang lemah,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat,
Sesunguhnya Engkau Maha Mengasihi,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani,
Maha Suci Engkau Pencipta sekalian alam,
Maha Suci Engkau Pencipta sekalian makhluk,
Maha Suci Engkau Pencipta Khalifah di bumi fana’ ini,
Maha Suci Engkau Pemilik Cinta Yang Suci, Pengurnia Cinta Yang Tulus,
Maha Suci Engkau Pentadbir Alam Semesta,
Maha Suci Engkau Yang Maha Kaya dengan segala sifat-sifat kebesaran yang terpuji.

Ya Muqallibal Qulub,
Wahai Yang Membolak-balikkan hati,
Hanya kepadaMu aku sembah,
Hanya kepadaMu aku mohon pertolongan,
Kau Maha Mengetahui apa yang tersirat di hatiku,
Malahan Kau lebih mengetahui apa yang tersembunyi di fuadku,
Kau Maha Mendengar akan rintihan hambaMu yang lemah ini,
Ku tahu Kau Mengetahui betapa peritnya jiwa ini,
Betapa deritanya hidupku, pecahnya hatiku,
Sakitnya jiwaku menahan rasa yang tidak aku pinta ini.
Ya Rahman Ya Rahim,
Aku memohon padaMu Rabbi,
Ku pohon dengan sepenuh hatiku,
sesungguhnya diri ini tidak mampu lagi menanggung bebanan perasaan ini,
aku tak mampu Ya Allah menelah apakah puncanya aku sebegini,
mengapa mesti hadir perasaan ini ya Allah?
Mengapa mesti mekarnya bebunga cinta ini di saat aku masih tidak bersedia ya Allah?
Mengapa pepohon cinta makin kucantas makin bertunas?
Ya Allah sesungguhnya ilmuku terbatas
ilmuMu Maha Luas
aku tak mengetahui hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini...

saban waktu dan ketika
dia kurindui
kasihnya kudamba
di ketika aku kelalaian
fitnah hati menguasai fuad yang lemah
hati yang kesunyian
iman yang semakin kering layu pohonnya
taqwa yang kian kegersangan
dek kerana kekontangan tarbiah peringatan siraman ilmu ukhrawi
amalku kian berkurang
dosa ku kian bertambah
diri ini kian alpa dan leka
khusyukku kian menghilang
fokusku sering tersasar
iman ku kian malap
taqwaku kian sirna sinarnya
akhirnya FITRAH menjadi FITNAH!!!
 Mensia-siakan apa yang telah kugilap lantaran noda-noda hitam yang kian menapak di hati...

Ya Rabbul Izzati
Ku tahu rahmatMu mengatasi kemurkaanMu
Lantaran ku pohon dan ku pohon ampun dariMu
Namun taubat ku bagai tak bermakna lantaran dosa yang ku ulang-ulang dalam alpa...
Puas kupohon dan ku rajut dalam doaku...
Puas kurayu dalam sujudku
Agar terhijabnya hati ini dari lelaki itu...
Puas kutangisi fitnah dan dosa ini
namun godaan syaitan laknatullah kian kuat menguasai diri
Ya Allah terlalu besarkah permintaanku Rabbi?
Terlalu besarkah permintaan seorang gadis yang telah ternoda ini?
takdirMu tak mampu ku lawan,
lantaran itu
diri ini hanya ingin mengabdi kepadaMu...
Hanya cintaMu kudamba!
Hanya cintaMu yang kuinginkan!
ku inginkan hati yang suci yang hanya dipenuhi dengan cinta padaMu, utusan2Mu, dan deen ini.
Hanya ini yang kuinginkan
Hanya ini yang kuinginkan!
Hanya ini yang ku pinta dariMu
Ku pinta hati yang suci jernih hanya mencintai yang halal buatku                ...

Rabbi...Habibi...
Kau mengetahui segala yang tersirat di hatiku
Tiada sir antara Kau dan aku
Kau mengetahui betapa aku cukup cemburu melihat muslimah yang  penuh terlitup dan terjaga kesuciannya...
Betapa dirinya ibarat mawar yang mekar mewangi namun durinya tajam mempertahankan kehormatan dan kesucian diri hanya kerana ingin menghadiahkannya buat kumbang terpilih...
Kau tahu aku sangat cemburu melihat mawar-mawar itu
Kau tahu betapa aku merasa rendah diri...
Namun takdirMu mengatasi segalanya
Ku cuba ikhlas menerima segalanya yang telah terjadi
Aku cuba redha menerima takdirMu
Namun hatiku tak mampu menahan rasa terkilan yang hadir
Jiwaku tak mampu lari dari kekecewaan juga Rabbi
Kerana sessungguhnya aku hanya manusia biasa
natijah kekecewaan itu
kupinta dan kudambakan cintaMu sepenuh hati
Hanya cintaMu yang ku inginkan
Aku berhenti berharap pada cinta duniawi manusia
Aku berhenti berharap dari cinta lelaki yang haram bagiku!lelaki yang tidak halal bagiku...
Bukan ku mahu melawan kehendak fitrah
Tapi hanya ku pinta hatiku terhijab dari yang haram buatku
Andai sememangnya ada lelaki yang kau takdirkan buatku
maka ku pinta Habibi...
Ku pinta hati yang suci hanya buat lelaki yang halal bagiku yang Kau takdirkan untukku berada di sampingnya di suatu hari
Lelaki yang kau takdirkan aku sebagai sayap kiri perjuangannya
Ku pinta hati yang suci tanpa pernah mengharap pada lelaki lain yang tidak halal buatku
Kuingin menyerahkan hati yang suci buat mujahid itu
Untuk ditanamnya pepohon cinta keranaMu
Dan memimpinku dalam ibadah padaMu
Dan memimpinku ke jannahMu
Hanya itu yang mampu ku usahakan untuk dihadiahkan pada mujahid itu
Kerana kesucian diri ini tak mampu lagi ku ubah apa yang telah terjadi
Kerana sesungguhnya takdirMu mengatasi segalanya.

Kerana itu ya Rabbi
Hijabkan hatiku dari lelaki itu!
Kerana dia bukan yang halal buatku!
Dia bukan yang halal buatku!
Kuingin cintaku hanya buat halal bagi diriku,
Kuingin cintaku tulus keranaMu dalam RedhaMu ...
Terimalah taubatku
Ampunkanlah aku
Istajib du’ai...
Istajib du’ai...
Aku penat ya Allah
Aku letih dengan penjara dunia yang penuh kemaksiatan ini
Sesungguhnya aku sangat rindu untuk bertemu denganMu
Jadikan aku antara bidadari di firdausMu buat syuhada’ yang Kau cintai
Bebaskan aku dari dunia fana’ ini.....



Ya Allah ya Tuhanku, aku hanyalah insan dhaifah,
Ilmuku terbatas, ilmuMu Maha Luas,
Aku tak mampu menelah apa yang tersirat dari apa yang tersurat,
lantaran kupohon dan ku rayu Rabbi,
hijabkanlah hatiku dari rajul thoyyib itu,yang Kau lebih mengetahui tentangnya dari diriku sendiri.
Ya Rabbi, anta habibi...
Aku hanya inginkan cinta dihatiku hanya buat yang halal bg diri ini,
Aku x inginkan cinta yg hrm bg diri ini...
Lalu,Kau hijabkanlah hatiku dari rajul thayyib ini!
Kerana dia bukan yang halal bg diri ini!
Sesungguhnya tdk ku inginkan ftnah yang dikaburi ftrah!
Lantas ku pohon hijabkanlah hatiku dari lelaki itu!
Istajib dua’i
Istajib dua’i
Istajib dua’i!





Ya Allah Ya Rabbi
Ya Habibi
Ya Muqallibal Qulub
Ya Fattahu Ya Alim...
Sesungguhnya ilmuMu Maha Luas
Ilmuku terbatas...
Engkau Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat
Tiada yang tersembunyi dari pengetahuanMu
Maka hanya padaMu ku mengadu
Andainya cintaku ini keranaMu
Andainya cinta ini lahir dari hati yang tulus kerana cintaku padaMu
andainya cinta ini ikhlas kerana ibadah padaMu
andainya dialah rajul mujahid dan muttaqin yang sememangnya telah Kau catatkan untuk memimpinku ke syurga.
dan andainya benar dia kucintai kerana agamanya...
dan dia adalah yang terbaik buatku diriku, keluargaku, agamaku, dan segala urusanku dunia dan akhirat kini atau masa depanku...
dan aku adalah yang selayaknya dan terbaik  buat dirinya, keluarganya, agamanya, dan segala urusan dunia akhiratnya...
maka jadikan aku yang halal buatnya...
tanpa fitrah yang suci ini dikotori fitnah yang jelik...
tanpa ternoda dari zina hati yang jijik.
dan permudahkanlah segala urusan kami...
namun seandainya sebaliknya...
ketemukan dia dengan yang terbaik buat dirinya...
agar terhindarnya dan tertutupnya pintu hatiku padanya...
dan ketemukan aku pada yang terbaik buatku
tanpa menyakiti hati mana-mana saudara seislamku yang kucintai....
yang tidak menghalangku dari perjuangan ku...
jadikan aku sayap kiri perjuangan seorang mujahid sejati yang bercita-cita syahid dan berazam serta bertekad untuk syahid fisabilik...
jadikan aku yang halal buat seorang mujahid muttaqin yang  mustaqim
 ameen....
istajib dua’i
istajib dua’i
istajib dua’i


tatkala sendirian,
menghisab diri,
air mata mengalir bagaikan air terjun yang menuruni lurah di lereng bukit,
kutangisi taubatku yang kadang-kala dirasakan sia-sia lantaran dosa yang diulang-ulang,
kukesali diri yang lemah,
lantas ku pohon kekuatan dariMu Rabbi...




2 comments:

  1. Assalammualaikum...

    Sy ni bukanlah seorang yg pandai tentang agama dan diri sendir pun masih byk cacat-celanya, tp apa yg saya percaya, Dia amat mengasihi hamba-hambaNya. Dia sentiasa membentangkan tangan-Nya untuk menerima taubat kita, siang dan malam. Sungguh, kita memang tidak boleh elak dari melakukan dosa, kerana kita diberi nafsu. Jadi, asalkan ada usaha yg ikhlas untuk berubah, menghindari diri dari dosa itu, sy percaya Dia akan mengampuni kita.

    Sedikit sebanyak, sy rasa bersalah kerana berkenalan dgn syeira. Bg sy, syeira sememangnya sekuntum mawar yg amat istimewa bg si kumbang yg ditentukan-Nya. Bertuah sungguh si kumbang itu apabila tercoret namanya dengan syeira. So sy rasa, berhubung dgn syeira pun, sudah sedikit sebanyak telah merampas keistimewaan yg ada pd syeira dari kumbang itu.

    Sayangilah diri. InsyaAllah, Dia juga akan mengasihimu, lebih dari mana2 kumbang dunia mampu...

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam wbt...

    thanks amir...
    begitu sekali amir menghayati puisi ni ya...

    sebenarnya saya malu nak publish puisi ni..
    yelah monolog hati,rahsia qalbu.

    tapi sebab kawan2 rapat minta publishkan, jadi saya publishkan ats niat dakwah...

    moga doa ini juga menjadi doa mawar-mawar yang terjaga litub segala aurah dirinya...

    n 4 me... لست شوقة وردة لكنّني الزهرة مؤمنة لله وملائكته وكتبه ورسله...

    (ana bukan lah mawar berduri tapi ana adalah bunga yang mengimani Allah, Malaikat2Nya,Kitab2Nya, dan Rasul2Nya.)(",)

    اللهم ثبتني على سبيلك

    Allahumma thabbitni 'ala sabiilik.
    Ya Allah kekalkan aku di jalanMu.Ameen...(",)

    pray 4 me k.
    may Allah bless u.

    ReplyDelete

(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...