Engkau Muslimah Cantik selagi kau tidak melulu,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau tak jemu melatih malu dalam diri,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau waras berhias,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau istiqamah menegakkan tiang agama,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau ikhlas memberi khidmat buat ibu bapamu/suamimu,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau membaca al-Qur’an ,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau beradab sopan ,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau tabah mendidik keluarga,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau pandai manjahit dan memasak,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau gemar menyertai kem ibadat,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau sabar dan tenang,
Engkau Muslimah Cantik selagi teguh menegakkan Islam,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau mencintai Islam sepenuh jiwa,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau menjunjung tinggi agamamu,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau tekad mencegah kemungkaran,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau bijak berkebajikan,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau bijak menyeru ke arah kebajikan,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau memelihara nawaitu lillah,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau beramal seindah Islam,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau redha menerima Islam sebagai satu-satunya cara hidup kerana inilah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan,
Engkau Muslimah Cantik selagi kau tampak cantik dalam bingkai cermin berbunga di kamar indah bernama iman.
No comments:
Post a Comment
(",)