Sunday, January 16, 2011

Kaca Permata





Beritahu pada muslimah itu "dirinya ibarat kaca;disentuh terguris,dihantuk serpih,dihempap berkecai."

Beritahu pada muslimah itu "jaga tutur kata;cakap tinggi nanti dibenci,terlalu rendah dipijak pula,cakap sombong mengundang lawan,hati-hati meluah kata,kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa."

Beritahu pada muslimah itu "jaga tingkah laku;harga diri letaknya di situ,jangan meluru ikut telunjuk nafsu,sesekali tersilap langkah,akan dihukum selamanya,keturunan dicerca payah,menyesal kemudian bukan faedah."

Beritahu pada muslimah itu "jaga pakaian;ia cermin peribadi,juga lambang bangsa,di mana dan dalam keadaan macam manapun,biar orang kenal...Dia orang ISLAM."

Beritahu pada muslimah itu "latih dalam diri akan sifat malu;kerana malu itu,sebahagian daripada iman..."

No comments:

Post a Comment

(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...