Saturday, May 7, 2011

Untuk ibu-ibu Palestin - Hafiz Hamidun.

بسم الله الرحمن الرحيم... السلام عليكم 

6 Mei 2011, saya terlibat dengan satu program yg sngt menyentuh hati, Malam Puisi Gaza II. program ni bertempat di Rumah PENA, Jln Dewan Bahasa. pelbagai persembahan ada pd mlm tu. Deklamasi puisi oleh sasterawan negara kita, A.Samad Said, dari Pena dan Firqatu Az-Zahra, serta dr LL4G. Ada juga nasyid dr UNIC, dan Shahiran dan rakannya dari kumpulan Rijal. antara part yg sy suka dlm program ni adlh, pendeklamasian puisi oleh A.Samad Said (tapi syg, part ni sy sibuk jaga si kecik yg nakal,xdpt hayati sepenuhnya..hu5), perkongsian pengalaman oleh Tuan Haji Noorazman ketua bg pihak Malaysia dlm misi kemanusiaan konvoi Mavi Marmara, lagu abg Muadz Dzulkefly, as always, the best performance,dan lagu kesukaan saya oleh abg Shahiran dan rakannya (ada kisah lucu waktu persembahan mereka.ki5). dan tak lupa juga lagu dari Benci Kepada Cinta nyanyian Leia Az-Zahra. Persembahan UNIC mcm biasa lah. (^_^) lagu wawasan tu sy sangat suka. sy suka muzik nya. lirik nya pun best. tp muziknya yg plng sy suka. merdu. n_n

Di sini  sy nak kongsikan satu puisi yg sgt menyentuh hati sy. puisi ni dideklamasikan oleh abg Hafiz Hamidun. bagus btul Abg Hafiz ni, serba boleh, kreatif. sangat suka tengok performance dia.mantap dan berkeyakinan,serta kreatif. bersemangat. mcm abg Muadz Dzulkefly. huhu, dulu sy tak minat pun abg Hafiz Hamidun ni. huhu. tapi first time tgok dia perform masa program Gig for Gaza, mmg terpikat terus ngan performance dia. abg Muadz pun mcm tu gak.tgok lam TV ngan dpn mata sendiri, serta berpeluang kenal di luar kawasan pentas, mmg sngt lain.... ok, xnk panjangkan kalam lagi dah.di sini, saya nak kongsikan puisi dia. sempat lagi dia terfikir tentang hari ibu, mmg mengharukan lah... membuktikan dia seorng yg prihatin.tahniah sekali lagi abg Hafiz. (^_^)

Sajak
Untuk ibu-ibu di Palestin

Kau sambung harimu
Di dingin subuh
Di hening akhir malam
Di sunyi akhir bintang
Dengan desir api-api terbakar sisa-sisa semalam
Mengangkat tangan membasuh muka dan anggota dengan wudhu
Menunai subuh lalu siap berdoa

Kau sambung harimu
Menguli tepung
Menebar adunan
Membakar roti
Mungkin dari sisa-sisa api semalam
Mengangkat roti menghidang jamu sarapan dengan cinta
Menghidang untuk suami dan anak-anak


Biar perut mereka terisi dahulu

Kau sambung harimu
Mengambil pakaian
Mengutip kaftan
Mengangkat serban suamimu

Membawa ke punca air
Sambil melalui sisa-sisa api dan bedilan semalam
Menyental darah-darah beku
Mengisi dengan sabun kasih
Membilas dengan air mata berderai
Syukur kau masih punyai anak-anak dan suami
Dengan bukti pakaian mereka di tanganmu

Ibu-ibu palestin
Kau sambung harimu
Membersih rumah-rumah tanahmu
menyapu sisa-sisa api yang bergolek abu
Menyisir rambut anak lelakimu
Menyisip rambut anak perempuanmu yang terkeluar dari jilbab yang kau anyam
Mengucup tangan suamimu
Melambai mereka pergi
Mencari ilmu
Menuai rezeki
Mengharap mereka akan kembali
Selamat pulang ke rumah

Kau sambung harimu
Dengan zikir tafakur dan redha
Dengan selawat bersulam doa
Menanti detik pulang anak-anak dan suami tercinta

Ah,
Itu dia mereka pulang,
Anak-anakmu ada
Suami mu juga ada
Sedikit darah terpalit dibibir suamimu kau usap dengan kain basah
Kau bertanya khabar mereka
Mereka masih tersenyum
Demi mu ibu-ibu palestin

Kau sambung harimu
Di dada maghrib kau bentang sejadah jemaah
Di nadi isya' kau injap doa tak henti
Mengharap esok masih ada
untuk masih disambung
tugasmu sebagai
Ibu-ibu palestin

Di kamar itu
Kau bersama suami
Memeluk erat jasad suami yang masih bernyawa
Kau faham sayang dan cinta
hakikatnya masih enak dipeluk
masih enak dicium
masih enak didakap
masih enak dimesra
masih enak segala-galanya
Selagi nyawa suami masih dijasad
dan engkau juga faham
hakikat mungkin suatu hari
peluk
cium
dakap
mesra
segala-gala
mungkin akan pergi
dan kau akan menanggung hakikat
untuk meneruskan harimu

Sabarlah anak-anak palestin
doakanlah ibumu
Setialah suami-suami palestin
cintailah isterimu
supaya mereka
akan dapat
meneruskan hari-hari
sebagai
ibu-ibu palestin...



sekian... amacam? best kan? kalau tgok dia deklamasikan lagi rasa menyentuh hati. ngan gayanya..huhuhu. nice. ok, sekian saja perkongsian dr saya.

salam syg, slm mahabbah, slm perjuangan buat Islam Tercinta.
dr saya,
Intan Insyirah @ ZIAF. (^_^)

No comments:

Post a Comment

(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...