Monday, June 28, 2010

cinta...siri 1

Cinta… Suatu yang abstrak. Mudah dirasai. Sukar digapai arah tujunya. Apatah lagi pabila segalanya kerana Allah. Hanya kemanisan sementara yang dapat dinikmati bagi sang pencinta duniawi. Ketahuilah, kemanisan yang abadi itu hanya bisa dinikmati sang pencinta ukhrawi. Jika segalanya kerana Dia Sang Pencipta cinta maka segalanya nan tulus suci, luhur abadi. Lalu, bagaimana mendapatkan cinta yang sebegitu?
Apakah sangat sukar? Ana tersenyum sendiri tatkala menaip bait-bait tulisan yang berkaitan cinta ini. Cinta itu indah bagi sang pencinta. Bagai di awang-awangan. Namun, perlu diingatkan, kerana cinta itu bisa mencelakakan hidupmu andai tidak dituntun ke arah yang betul, andai tidak dituntun ke jalan yang lurus (siratul mustaqim), andai tidak berlandaskan keimanan dan agama. Tepuk dada, tanya hati anda, apakah benar apa yang ana katakan ini?
Setiap perkara di dalam kehidupan yang fana’ ini perlu ada tujuan. Tujuannya pula harus seimbang antara dunia dan akhirat. Menjawab persoalan di atas, apakah sukar untuk mendapat cinta yang suci? Ana katakan tidak bagi manusia yang beriman, yang melihat dengan mata hati yang tidak dicemari dosa dan noda. Ana katakan tidak bagi yang bercinta di atas landasan yang betul. Ana katakan tidak kerana bagi mereka ini bukan sukar untuk mendapatkan cinta yang sebegitu, namun yang sukar bagi mereka adalah memelihara cinta itu agar tidak dikotori dan dicemari dosa lantaran godaan syaitan durjana. Namun tidak pula ana katakan sukar bagi yang lainnya. Hanya diri yang memerlukan kehendak untuk menuntun diri, mencari bimbingan ke arah yang diredhaiNya dan diberkatiNya.

nantikan sambungannya.(",)

No comments:

Post a Comment

(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...