Kalam ini adalah khusus tanda rindu padamu wahai mujahidah wanita solehah yang di tarbiyah, pembawa sinar pasa bi’ah,harapan agama untuk disampaikan risalah...lantas wahai sahabatku fillah,ayuh terus kuat melawan mehnah, terus gagah dalam lembut dan ramah, sebarkan dakwah pada bangsa yang parah...jangan kau hanya sibuk membelai diri,kelak soalan di mahsyar menanti,apa sumbanganmu pada agama yang suci ini....
"Ya Allah, aku insan dhaifah, sering rebah, namun ku cuba tabah, agar ku x kalah, x ingin menyerah kalah, ya Allah syukur kerana kau kirimkan teman, sebagai peniup semangat perjuangan, tika aku amat-amat perlukan teman, ya Allah, bantulah aku dan teman-temanku yang memburu cintaMu, ilmu kami terbatas, namun ilmuMu maha luas...kurniakan kami setiap perkara yang terbaik agar kami thabat di jalanMu, agar kami thabat dalam iman dan taqwa padaMu...agar kami thabat dengan cinta agungMu..."
"jangan kamu berputus asa pada rahmatNya" sahabatku!!!
teruskan perjuangan...walau badai datang melanda...mehnah ujian itu tarbiyah dariNya!
agar seketul daging di dalam jasad kita ini, sentiasa bertambah kekuatan imannya, lebih akrab dengan Rabb yang agung...
gabungkan dirimu dengan jamaah islah dalam islam yang teguh dan padu walau di mana dirimu berada...kerana dunia kini tiada sempadan!semoga perjuangan kita dalam redhNya.
Jangan biarkan diri kita hidup sndiri...Nanti hidup kita umpama tidak berkemudi.. Carilah insan yg dapat membimbing hati.. Agar hati terjaga hingga kita bertemu ilahi.. Hati itu kunci diri.. Sempurna ia sempurnalah diri.. Rosaklah ia binasalah diri.. Hanya Iman dan taqwa pencuci hati.. Agar diri sentiase bercahaya ketika menemui ilahi.. Hati adalah seketul daging dalam diri.. Terciptanya rapuh akan nafsu duniawi.. Kuatkn lah ia dgn mengingati ilahi.. Sinarilah ia dgn tangisan taubat terhadap ilahi.. Lembutkan lah ia dgn membaca al-Quranul karim.. Agar ia sentiasa teguh dan tetap di jalan ilahi...
No comments:
Post a Comment
(",)