memaknakan hidup dengan cinta Illahi, meniti sebuah keikhlasan yang sukar dipelihara, sukar sekali menggapai darjat kekasihNya, sungguh takwa itu milik insan yang benar-benar beriman pdNya, syurga itu anugerah buat kekasihNya.
Monday, April 5, 2010
Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-17,adikku..
Assalamualaikum wbth...
selamat hari ulang tahun kelahiran yang ke 17 adikku...
huhu...dah besar dah adik akak ni...yela usia akak pun makin kurang juga...
dari kanak-kanak kita membesar bersama-sama bermain sambil belajar meneroka alam...
akak ingatlagi dik...kecik2 dulu..akak tak berani nak belajar something macam belajar tunggang basikal..'atif dulu yang pandai...kalu 'atif tak ajar sampai sekarang pun tak reti agaknya..
although though that u r my litle brother.. but u taugh me a lot.. thanks so much...
dulu kita sering bermain bersama... masuk hutan, main kat kolam ikan kat gua musang dulu...
so lot of memories...bergaduh...berebut... bertanding sape cepat khatam al-qur'an and so many things we explore together... dan dari kanak-kanak menginjak ke alam remaja yang agak merenggangkan hubungan kita lantaran masing-masing belajar kat sekolah berlainan. 'atif belajar di asrama...dan akak di rumah... melihat umi yang selalu risau dan mengingati makanan kegemaranmu...melihat kegembiraan umi menyambut kau pulang...kadng -kala akak cemburu juga...tapi akak tahu itu lah hati seorang ibu... abah pula walaupun secara kasarnya tak tergaris di wajahnya kerinduan dan kerisauan....namun harapan dan doa dalam diam dihatinya terlukis di wajah pabila menyambut kegembiraan kepulanganmu setiap cuti...
dulu akak pun ingat nak belajar di tahfiz sains..remember? tahun akak patutnya tahun first batch maahad tahfiz sains... tapi masa tu yuran yang terlalu mahal, lantas umi meminta akak untuk teruskan je di maahad biasa.sebab insyaAllah boleh je kalau nak hafal qur'an jugak...tapi fikirkan yuran adik-adik di Sri Aman, akak lupakan.
lantaran itu... akak sedar tanggungjawab akak waktu tu menuntut pengorbanan untuk adik-adik... akak korbankan hasrat untuk belajar di tahfiz sains ketika itu... dan akak doakan adik-adik akak semuanya dapat pendidikan agama yang sempurna dengan pengorbanan akak tu...akak tahu seandainya akak pergi juga sekolah tahfiz sains nanti bila tiba waktu 'atif mesti bertambah berat tanggungan yuran... kecuali 'atif belajar kat sekolah biasa.tapi akak tak nak macam tu... akak nak adik-adik akak dapat pendidikan agama yang mantap.bukan ingin ku ungkit akn kish yang telah berlalu.bukan ingin ku ungkit pengorbananku..namun ingin ku nyatakan impian dan hasratku moga kau mengerti adikku...
ku lakukan kerana cintaku pada adik-adik...ingin berkumpul bersama-sama di syuga nanti...dan kerana cintaku pada deen ini...
pabila keputusan UPSR mu diumumkan adikku... akak sangat bersyukur sebab 'atif berjaya dapat 5A. dan ketika itu akak sangat berharap 'atif akan pergi ke sekolah maahad tahfiz sains dan menjadi seorang hafizah menyambung cita-cita akak dulu.
namun bila umi menyampaikan khabar 'atif nak ke sekolah asrama penuh @ MRSM... sungguh akak kecewa ketika itu...namun Alhamdulillah doa akak dan cita-cita akak dalam diam tu rupanya dimakbulkan Allah...sungguh Allah Maha Mengetahui yang terbaik...akhirnya 'atif setuju nak ke maahad tahfiz sains...
dan kini genapnya 17 tahun umurmu engkau telah pun bergelar hafiz.. engkau telah berjaya memakbulkan hasratku.terima kasih adikku...engkau telah berjaya manghafaz 30 juzu' al-qur'an...
sungguh ku syukuri akn hal ini... sungguh akak bangga dengan 'atif....walaupun kadg kala cemburu bertandang di hati... namun ku tepis dengan rasa syukur kerana ternyata pengorbananku tidak sia-sia. akak bangga dengan 'atif... tahniah adikku...dan terima kasih kerana memakbulkan hasratku...
pada tahun ini 'atif akan menduduki peperiksaan paling penting.SPM.
buatlah yang terbaik semampumu adikku. namun ku harap kau akan kekal di sekolah tersenut..kerana akak rasa sekolah itu adalah sekolah yang terbaik.sekolah yang mentarbiyah...dan bukan nya mendidik semata.dan akak lihat sememangnya 'atif adalah salah satu hasil tarbiyah sekolah yang sangat cemerlang.. tarbiyah dalam dirimu sungguh mantap... kuharap kau takkan lupa akn jasa sekolahmu pada dirimu..kini 'atif adalah senior di sekolah adikku.sumbangkanlah jasa selagi 'atif bergelar pelajar.namun jangan pula dilupakan pelajaranmu.belajar tetap penting. kerana amanah utama seorang pelajar itu adalah belajar.
last but not least:
i wish u...
Happy belated birthday...
terus belajar... jangan jemu...
hargai bahasa al-qur'an yang dipelajari..akak harap lepas ni 'atif dapat menyambung pelajaran ke al-azhar,mesir dalam apa jua bidang tak kira professional @ agama.akak tak mampu nak ke sana disebabkan kesihatan.hargailah universiti tertua itu...di sana khazanah ilmu adikku.pergilah pabila kau punya peluang..usah dikhuatiri akan hal kewangan. insyAllah, akak akn kerja habis CAT ni...akak nak 'atif ke sana sebab akak nak adik akak dapat yang terbaik buat dunia dan akhirat.
belajarlah untuk dunia dan akhirat...selalulah tajdid niatmu kerana Allah... moga kasihNya bersamamu adikku...
best of luck for ur SPM.
مع التوفيق والنجاح
أنا أحبك لله
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
(",)