Tuesday, February 12, 2008

Kali ni ana nak kongsi, sebuah puisi indah yang saya dapat daripada sepupu saya… May Allah S.W.T. Bless her and the writer… Bacalah dengan hati mu yang tulus… UKHTIFILLAH… Ukhtifillah, Mungkin aku memang tak romantis tapi siapa peduli? Krn itu kau tak mengenalku & mmg tak perlu mengenalku, Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakan mu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna dan tertinggi. Bagiku dirimu salah satu dari semua itu, kerananya kau tak membutuhkan persamaan. Ukhtifillah, Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, Kerana akan membuatku mengingatimu, Bererti, memenuhi kepalaku dgn inginkanmu, Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku… Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari... Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh lumpur, Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci. Ukhtifillah, Berdua menghabiskan waktu denganmu, Bagaikan mimpi tiada penghujung, Ada ingin tapi tetap tiada henti. Menyentuhmu merupakan keinginan diri, Berkelibat selalu, meski hujung penutupmu pun tak berani ku sentuh, JANGAN pernah KALAH dengan mimpi dan keinginanku, Kerana kesucianmu yang kau pertaruhkan terlalu bernilai… Mungkin kau tak peduli, TETAPI! kau hanya menjadi wanita BIASA di hadapanku bila kau kalah, dan tak lebih dari wanita biasa… Ukhtifillah, Jangan pernah kau tatapku penuh, Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor, aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas, meniru laku para rahib, meski hatiku lebih kotor dari lumpur… Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau termanipulasi, kerana kau hanya manusia… kerana kau hanya wanita… hambaNYA yang lemah… Ukhtifillah, Berikanlah sepenuh dirimu pada dia, sang lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu kehadapan Tuhanmu,untuknya dirimu ada, itu kata otakku, terukir dalam kitab suci, tak perlu difikir lagi… Tunggulah sang lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah… Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, spt dicontohkan ibunda Saidatina Khadijah a.s, jangan ada ragu, jangan ada malu, semua terukir dalam kitab suci… Ukhtifillah, Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas, Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu, Mgkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati. Mgkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana saat ini. Mgkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bina dengan segala kekhusyukan tangis doamu. Ukhtifillah, Pilihan Allah tak selalunya seindah impianmu, tapi itu pilihanNya. TIADA yang lebih baik daripada pilihan Allah. Mgkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, spt kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta keislaman sbg mahar pernikahannya. Atau mgkin kebaikan itu terletak pada keikhlasan mu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi cinta dalam setiap denyut nadi kita….. Salam ukhuwwah, salam kasih padaNya Al-Karim… Wassalamualaikum, INTAN INSYIRAH...

No comments:

Post a Comment

(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...