Sunday, September 23, 2007

HAYATILAH, AKHAWATKU SAYANG...

Special for muslimah... Muslimah, Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah… Tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, dan bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya… Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang? Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya. Wahai muslimah solehah, Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri. Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri. Sesungguhnya,Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu, “Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka? Ingatlah wahai akhawatku yang ku kasihi, Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah… Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu. Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan… Sesungguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam. “Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…” Ya Allah, jadikan kami bidadari syurga…. Puisi ni saya petik daripada novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha… Saya syorkan agar semua pembaca baca novel ini… Terlalu banyak ilmu, dan peringatan yang saya dapat daripada novel ini… Ianya berkisarkan kisah seorang pendakwah, suka duka, dan cabaran seorang pendakwah, permasalahan tauhid, indahnya kasih sayang kerana Allah dan perbahasan antara islam dan kristian…. Wassalamu’alaikum, Intan Insyirah.

No comments:

Post a Comment

(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...